''''WeLc0mE t0 tHe Ace cLuB''''

Wednesday, January 13, 2010

Pulang ke kampung

Pulang ke kampung…

Cuti datang lagi. Adam merenung gelas nya yang berisikan teh tarik kegemaranya di pagi hari sambil memikirkan keputusannya untuk pulang ke kampung di Kelantan walaupun cuti hanya 3 hari. Sebenarnya tujuan asal Adam mahu pulang kerana dia telah pun berjanji dengan kakak nya Kak Hawa untuk menemani kakak nya tu pulang ke kampung.

“Adam, ko betul-betul tak nak join ke sukarelawan untuk sukan ragbi ni? Dapat t-shirt free tau..”, suara rakan sebilik Adam itu membuatkan Adam terhenti dari lamunannya.

“Tak boleh la Akim,.ingat aku kisah sangat ke pasal t-shirt free tu..aku dah janji dengan kakak aku nak balik kampung”, kata Adam sambil menghirup teh tariknya..lalu membuat muka kepuasan selepas menhirup teh tarik tu..

Adam jenis yang susah untuk membuat keputusan, tapi apabila keputusan nya telah dibuat, dia akan tetap berpegang pada keputusannya itu. “Ko tengok jam pukul berapa sekarang?”, Tanya Adam kepada sahabatnya itu. Perbualan mereka terhenti selepas jam menunjukkan pukul 8 pagi, masa untuk mereka masuk ke kelas SCT.

“Pukul berapa ko nak bertolak ni”, Akim bertanya sambil jarinya menaip sesuatu di laptopnya.

“Malam ni…dalam pukul 2 pagi kitorang gerak dari rumah..”, Adam membalas pertanyaan Akim sambil mengemas pakaiannya yang sudah pun di lipat semalam. Kali ini Adam telah pun ready lebih awal untuk pulang ke kampung. Mungkin Adam rasa bersungguh-sungguh untuk pulang kerana dalam pemikirannya muncul semula tentang seorang gadis yang telah dilupainya dahulu. Dengan beg pakaian yang telah siap dikemaskan dan juga beg laptop yang selalu diiringinya kemana-mana itu, Adam berjalan menuju ke bas stop di depan pintu pagar kolejnya. Menunggu bas di sini pada waktu selepas solat jumaat memang la menggugat kesabaran sesiapa yang menunggunya. Dengan kesabaran yang ada, Adam berjaya menaiki bas City Liner yang menjadi kegemarannya kalau hendak menuju ke Kajang kerana bas itu mempunyai air cond yang mampu membuat penumpangnya mati kesejukan, seat yang selesa, dan juga mempunyai kelajuan yang tidak standing dengan bas yang lain.

Cube rubik diputar-putar oleh tuannya. Sudah menjadi hobi kepada Adam untuk bermain cube semasa sedang menunggu komuter dari Sentul ke Shah Alam yang pada masa itu memang sibuk dengan orang ramai yang mahu pulang ke rumah masing-masing setelah penat berkerja. Handphone nya berbunyi, Rupanya mesej dari Kak Hawa yang memesannya untuk memberitahu Kak Hawa apabila sudah sampai di Subang Jaya kerana Kak Hawa mahu bertolak dari tempat kerjanya lebih awal. Kak Hawa tidak mahu adiknya itu menunggunya lama-lama kerana adiknya itu akan bising kalau buat die menunggu lama-lama..Macam Kak Hawa juga..Tetapi, apa yang tidak diingininya berlaku itu tetap pun berlaku kerana jalan ke stesen komuter jam..Adam menunggu lama di stesen sambil sempat menunaikan solat asar di surau stesen itu. Semasa menunggu Kak Hawa, Adam memerhatikan orang lalu lalang. Adam memang suka memerhatikan gelagat orang.

“Aduh..lamanya Kak Hawa ni..janji tadi sampai awal..”, Adam mengeluh. Jam ditangan nya menunjukkan pukul 6.45 petang. Adam memandang semula ke hadapan. Sepintas lalu pandangan Adam memerhati seseorang gadis yang berada di dalam kereta Myvi. “Lisa…,tak mungkinlah”, Adam tersenyum sendirian kerana terbayang-bayang wajah Lisa. Adakah ini kerana dia sudah jatuh cinta terhadap gadis yang baru dikenalinya itu. Adam terpandang kereta Viva yang dipandu oleh seseorang yang dikenalinya, dengan muka yang muram, Adam masuk ke kereta itu dan salam dengan kakaknya, Kak Hawa yang baru sahaja sampai sambil meminta maaf kepada adiknya.

“Jangan marah ye dik, malam ni akak belanja Adam makan mee sup kegemaran Adam tu..”, pujukan Kak Hawa berjaya menghiburkan semula adiknya yang tengah marah tadi. Kak Hawa sudah pun kenal sangat dengan adiknya. Adam memang suka makan mee sup. Lagi-lagi di kedai sup kegemarannya tu, kedai Sup Utara Power.

Seperti yang dijanjikan, malam itu Kak Hawa membawa Adam pergi ke kedai sup. Dalam perjalanan, Kak Hawa menceritakan masalahnya dengan tunangnya, Arfan. Adam simpati mendengar cerita kakak yang paling rapat dengan nya itu. Seperti biasa, Adam akan cuba menceriakan keadaan semula dan membuat kakak nya tersenyum. Adam gembira melihat kakak nya senyum semula.

Perjalanan ke Kelantan dari Shah Alam mengambil masa selama 8 jam. Kak Hawa memandu kereta nya ke stesen minyak terlebih dahulu untuk membeli jajan dan mengisi tangki minyaknya yang sudah memberi kan lampu merah menunjukkan tangki perlu diisi. Adam berusaha untuk menemani kakak nya di sepanjang perjalanan, tapi Adam tidak mampu melawan mata nya yang sedang meminta-minta untuk di pejamkan. Lalu Adam pun terlena dibuai mimpi. Kak Hawa sudah pun menjangka yang Adam tidak akan dapat menemaninya, jadi Kak Hawa memasang radio dengan kuat dan menyanyi seorang diri untuk menemani nya semasa dalam perjalanan.

Bersambung………

0 comments:

Post a Comment