''''WeLc0mE t0 tHe Ace cLuB''''

Monday, February 1, 2010

Planning(Marlisa Ilyana)

Planning…

Dah 3 hari Adam kat kampong, kini tiba untuk mereka berangkat pulang. Adam pulang bersama-sama kakaknya dengan menaiki kereta viva silvernye itu. Di tengah perjalanan, Adam bertanyakan sesuatu.

“Kak Hawa sms dengan sape tu”,
“dengan Lisa, sepupu Arfan. Ingat tak malam tu makan dengan die.”
“Owh…ingat2..selalu ke sms dengan die…” Adam mule berminat nak tahu.
“Selalu jugak..die selalu sms akak”,

Perbualan mereka terhenti disitu. Tidak lama kemudian, Adam meminta handphone kakak nya dengan alasan nak ambik lagu mp3. Sebenarnya Adam membuat plan untuk mencuri no telefon Lisa. Dengan keadaan yang berhati-hati, Adam membuka inbox kakaknya dan membaca sms dari Lisa, lalu mencari no Lisa. Watak Adam time ni menjadi nakal sekejap. Jumpe…Adam ingat no Lisa tu di dalam kepala nya. Adam memang mudah menghafal nombor. Sebab itu die mahir dalam subjek matematik semasa di sekolah. Tapi Cuma subjektu je yang die mahir. Subjek lain….hancur…Adam pulangkan handphone kakaknya semula..

Sampai di rumah, Adam membuat satu miss call kepada Lisa…jammenunjukkan pukul 1 pagi..jangan harap Lisa nak balas masa tu…Esoknye..dalam pagi jugakla bagi Adam, die terjaga dengan satu sms..iaitu dari Lisa…hatinye gembira kerana ade respon walaupun hanya sms bertanyakan sape tu. Adam balas dengan jujur sape dirinya..Dan Alhamdulillah, Lisa sudi untuk berkawan dengan nya..Mereka pun mule mengenali satu sama lain melaui sms. Mase tu, Adam dalam perjalanan pulang ke kolej…tengah tunggu teksi yang time tu memang susah nak dapat teksi…Mereka cuma bersms selama 3 hari sahaja…lepas tu, senyap tanpa khabar…Adam menganggap Lisa tak mahu melayan sms nye lagi…dan tertanya2 juga kenape Lisa tak balas sms ni…senyap tanpa jawapan…

Bersambung………

0 comments:

Post a Comment