''''WeLc0mE t0 tHe Ace cLuB''''

Thursday, February 11, 2010

Raya Haji(Marlisa Ilyana)

Raya Haji

Dah lama Adam tak dengar berita dari Lisa. Adam juga tidak memikirkan pun apa-apa tentang Lisa lagi. Pagi-pagi raya, macam biasa la..kena pergi sembahyang raya kan..Adam terlewat untuk ikut bapa nya pergi bersama-sama ke surau yang dekat dengan rumah nya. Terpaksa la Adam pergi sendiri dengan berjalan kaki. Adam seorang diri tanpa adik lelaki nya yang masa tu adik nya beraya di rumah kakak sulung nya di johor. Adam pulang dengan berjalan kaki juga. Bayangan wajah Lisa tidak bermain sedikit pun di fikiran Adam. Selepas Tibanya dirumah, Adam pergi mendapatkan handphone nya. Adam tersenyum sebab ada sms dari Lisa. Daha lama tak dapat sms dari dia…memang la agak exited kan..tanya khabar…Hari tu Lisa nak datang dengan ibu die ke rumah Adam..nak jumpa Kak Hawa sebenarnya. Adam bagitau Kak Hawa yang Lisa nak datang. Kak Hawa tak percaya pada mulanya sebab die tak tau pun yang Adam main sms dengan Lisa sebelum ni. So hari tu memang bocor rahsia diorang. Adam sangat excited masa tu. Lisa ade bagi mms pada Adam sebelum die bertolak ke rumah Adam. Adam merenung gambar tu. Tak sabar dengan kehadiran mereka. Hari tu hari jumaat, tengah Adam siap2 nak pergi solat jumaat, Lisa dah ade kat ruang tamu..terkedu Adam seketika. Terus control macho nye di hadapan mereka..Lisa, ibunya, Kak Hawa ketawa melihat gelagat Adam mase tu..Adam pun mencuri-curi pandang wajah Lisa yang hanya sebelum ni pernah lihat wajah Lisa sekali pada malam tu dan juga mms yang baru diterima nya tadi. Sampai masenye untuk Adam pergi menunaikan solat jumaat. Berat hati meninggalkan Lisa dan tak sabar nak pulang ke rumah…Alhamdulillah, Lisa masih ada lagi kat rumah mase Adam balik. Sebenarnya Lisa yang meminta pada ibunya untuk tunggu Adam pulang ke rumah dahulu…Adam duduk di ruang tamu seperti yang dia janji pada Lisa sebelum Lisa sampai. Lisa meminta Adam duduk di ruang tamu semasa Lisa datang. Lisa tak mahu Adam duduk di dalam bilik saje. Selepas beberapa minit, Lisa pun nak berangkat pulang. Adam menghantar Lisa ke pintu dengan tersenyum-senyum. Selepas mereka meninggalkan rumah Adam, Kak Hawa, Abah, Mak Adam mula menyakat Adam tentang Adam main sms dengan Lisa…Merah muka di buatnya..Dalam perjalanan Lisa pulang ke rumah, Lisa sms Adam yang mengatakan Ibu suke dengan Adam. Lisa pun suke Adam. Hati Adam gembira tak terkata…..

Semenjak hari tu, Adam selalu sms dengan Lisa..boleh dikatakan setiap hari dorang sms…tak lengkap tanpa sms dari Lisa.

0 comments:

Post a Comment