''''WeLc0mE t0 tHe Ace cLuB''''

Tuesday, January 12, 2010

episode 2

Seterusnya berlalu…


Adam termenung di depan laptop nye.wajah Lisa masih lagi bermain-main di fikirannya..suasana di hostel ketika itu riuh rendah dengan kehadiran rakan-rakan Adam yang selalu melepak di bilik nya..

“Woi Adam!!..nape ngan ko ni??…termenung je sejak habis cuti ni..ade ape-ape ke?? Boleh aku tolong ko..”, tegur salah seorang rakannya iaitu Mus..Adam terperanjat dan terus gelabah. Adam cuba buat seperti tiada apa yang berlaku. Tapi gelagat nya itu sudah pun menjadi kebiasaanya untuk merahsiakan sesuatu..Mus sudah pun dapat mengesyakinya..Mus hanya berdiam sahaja..Cuma tunggu masa untuk Adam cerita kan kepada nya..Mus adalah kawan yang paling rapat dengan Adam. Mereka berdua selalu tukar pendapat dan ceriatakan masalah masing-masing. Mus memang dah dapat membaca fikiran Adam..Mus tahu mesti ada yang tak kena dengan sahabatnya tu.

Adam mengajak rakannya tu pergi ke kelas bersamanya..Mus dan Adam berlainan kelas tapi jalan yang ditujui tu sama.Semasa perjalanan mereka ke kelas masing-masing, Adam di tegur oleh seorang pelajar perempuan yang meminati Adam. Tidak hairan kenapa ada gadis yang meminati Adam kerana Adam merupakan seorang jejaka yang kacak.Adam pula jenis tidak suka kepada perempuan yang sebegitu..hanya suka kepada paras rupa sahaja..Adam hanya memandang pada gadis itu tanpa berkata apa-apa…

“Hye Adam”, terdengar lagi suara gadis yang memanggilnya. Kali ini Adam memandang dan tersenyum..lalu membalas teguran rakannya itu..

“Hye Maya,hye Alia, jom pergi kelas sama-sama..”, kedua-dua gadis ini juga merupakan rakan baik Adam. Setibanya di kelas, Adam masih lagi berdiam diri..tak seperti Adam yang dahulu..seorang yang periang..kelakar..dan selalu membuat orang di sekelilingnya ketawa…Adam seperti berada di dalam dunianya sendiri..mungkin inilah kuasa cinta pandangan pertama.

Jam menunjukkan pukul 11.40 malam, Adam baring di katilnya sambil teringat kan seseorang..Cuba untuk melelapkan mata tapi tak berjaya kerana Adam sudah biasa tidur lewat. Adam cuba untuk tidur kerana tidak mahu memikirkan tentang seseorang tu..Matanya terpejam…dan celik..pejam semula..dan celik…tiba-tiba Adam terpandang satu wajah yang menakutkan di depan matanya..hampir gugur jantung Adam dibuatnya..rupa-rupanya itu Cuma usikan dari Mus yang cuba menceriakan rakannya yang sedang muram tu..

“Siot la ko Mus…mahu terkena sakit jantung tadi”, Adam menjerit kepada Mus yang sedang ketawa terbahak-bahak..Adam pun tergelak sama..Adam mahu menceritakan tentang Lisa.

30 minit berlalu..Adam bercerita agak panjang sampai mengambil masa yang lama…Mus pun hampir tertidur mendengarnya..

“OK la Adam…aku nasihatkan ko untuk lupekan die dan focus kat ko punye study sekarang..sebab ko takkan jumpa dia dah kan..dan dia pun tak tentu suka ko jugakkan..buat apa ko macam ni…tak best la kalau ko macam ni..”, Mus membebel sambil menepuk-nepuk belakang Adam.

“Thanks Mus…aku terima advise ko ni..”, Adam menyedari kesilapan nya sebelum ni..Dan selepas malam itu..Adam tidak lagi memikirkan tentang seseorang yang bernama Lisa lagi..Adam kembali kepada Adam Husin yang asal…

bersambung...haha

0 comments:

Post a Comment