Raya Haji
Dah lama Adam tak dengar berita dari Lisa. Adam juga tidak memikirkan pun apa-apa tentang Lisa lagi. Pagi-pagi raya, macam biasa la..kena pergi sembahyang raya kan..Adam terlewat untuk ikut bapa nya pergi bersama-sama ke surau yang dekat dengan rumah nya. Terpaksa la Adam pergi sendiri dengan berjalan kaki. Adam seorang diri tanpa adik lelaki nya yang masa tu adik nya beraya di rumah kakak sulung nya di johor. Adam pulang dengan berjalan kaki juga. Bayangan wajah Lisa tidak bermain sedikit pun di fikiran Adam. Selepas Tibanya dirumah, Adam pergi mendapatkan handphone nya. Adam tersenyum sebab ada sms dari Lisa. Daha lama tak dapat sms dari dia…memang la agak exited kan..tanya khabar…Hari tu Lisa nak datang dengan ibu die ke rumah Adam..nak jumpa Kak Hawa sebenarnya. Adam bagitau Kak Hawa yang Lisa nak datang. Kak Hawa tak percaya pada mulanya sebab die tak tau pun yang Adam main sms dengan Lisa sebelum ni. So hari tu memang bocor rahsia diorang. Adam sangat excited masa tu. Lisa ade bagi mms pada Adam sebelum die bertolak ke rumah Adam. Adam merenung gambar tu. Tak sabar dengan kehadiran mereka. Hari tu hari jumaat, tengah Adam siap2 nak pergi solat jumaat, Lisa dah ade kat ruang tamu..terkedu Adam seketika. Terus control macho nye di hadapan mereka..Lisa, ibunya, Kak Hawa ketawa melihat gelagat Adam mase tu..Adam pun mencuri-curi pandang wajah Lisa yang hanya sebelum ni pernah lihat wajah Lisa sekali pada malam tu dan juga mms yang baru diterima nya tadi. Sampai masenye untuk Adam pergi menunaikan solat jumaat. Berat hati meninggalkan Lisa dan tak sabar nak pulang ke rumah…Alhamdulillah, Lisa masih ada lagi kat rumah mase Adam balik. Sebenarnya Lisa yang meminta pada ibunya untuk tunggu Adam pulang ke rumah dahulu…Adam duduk di ruang tamu seperti yang dia janji pada Lisa sebelum Lisa sampai. Lisa meminta Adam duduk di ruang tamu semasa Lisa datang. Lisa tak mahu Adam duduk di dalam bilik saje. Selepas beberapa minit, Lisa pun nak berangkat pulang. Adam menghantar Lisa ke pintu dengan tersenyum-senyum. Selepas mereka meninggalkan rumah Adam, Kak Hawa, Abah, Mak Adam mula menyakat Adam tentang Adam main sms dengan Lisa…Merah muka di buatnya..Dalam perjalanan Lisa pulang ke rumah, Lisa sms Adam yang mengatakan Ibu suke dengan Adam. Lisa pun suke Adam. Hati Adam gembira tak terkata…..
Semenjak hari tu, Adam selalu sms dengan Lisa..boleh dikatakan setiap hari dorang sms…tak lengkap tanpa sms dari Lisa.
Planning…
Dah 3 hari Adam kat kampong, kini tiba untuk mereka berangkat pulang. Adam pulang bersama-sama kakaknya dengan menaiki kereta viva silvernye itu. Di tengah perjalanan, Adam bertanyakan sesuatu.
“Kak Hawa sms dengan sape tu”,
“dengan Lisa, sepupu Arfan. Ingat tak malam tu makan dengan die.”
“Owh…ingat2..selalu ke sms dengan die…” Adam mule berminat nak tahu.
“Selalu jugak..die selalu sms akak”,
Perbualan mereka terhenti disitu. Tidak lama kemudian, Adam meminta handphone kakak nya dengan alasan nak ambik lagu mp3. Sebenarnya Adam membuat plan untuk mencuri no telefon Lisa. Dengan keadaan yang berhati-hati, Adam membuka inbox kakaknya dan membaca sms dari Lisa, lalu mencari no Lisa. Watak Adam time ni menjadi nakal sekejap. Jumpe…Adam ingat no Lisa tu di dalam kepala nya. Adam memang mudah menghafal nombor. Sebab itu die mahir dalam subjek matematik semasa di sekolah. Tapi Cuma subjektu je yang die mahir. Subjek lain….hancur…Adam pulangkan handphone kakaknya semula..
Sampai di rumah, Adam membuat satu miss call kepada Lisa…jammenunjukkan pukul 1 pagi..jangan harap Lisa nak balas masa tu…Esoknye..dalam pagi jugakla bagi Adam, die terjaga dengan satu sms..iaitu dari Lisa…hatinye gembira kerana ade respon walaupun hanya sms bertanyakan sape tu. Adam balas dengan jujur sape dirinya..Dan Alhamdulillah, Lisa sudi untuk berkawan dengan nya..Mereka pun mule mengenali satu sama lain melaui sms. Mase tu, Adam dalam perjalanan pulang ke kolej…tengah tunggu teksi yang time tu memang susah nak dapat teksi…Mereka cuma bersms selama 3 hari sahaja…lepas tu, senyap tanpa khabar…Adam menganggap Lisa tak mahu melayan sms nye lagi…dan tertanya2 juga kenape Lisa tak balas sms ni…senyap tanpa jawapan…
Bersambung………
Pulang ke kampung…
Cuti datang lagi. Adam merenung gelas nya yang berisikan teh tarik kegemaranya di pagi hari sambil memikirkan keputusannya untuk pulang ke kampung di Kelantan walaupun cuti hanya 3 hari. Sebenarnya tujuan asal Adam mahu pulang kerana dia telah pun berjanji dengan kakak nya Kak Hawa untuk menemani kakak nya tu pulang ke kampung.
“Adam, ko betul-betul tak nak join ke sukarelawan untuk sukan ragbi ni? Dapat t-shirt free tau..”, suara rakan sebilik Adam itu membuatkan Adam terhenti dari lamunannya.
“Tak boleh la Akim,.ingat aku kisah sangat ke pasal t-shirt free tu..aku dah janji dengan kakak aku nak balik kampung”, kata Adam sambil menghirup teh tariknya..lalu membuat muka kepuasan selepas menhirup teh tarik tu..
Adam jenis yang susah untuk membuat keputusan, tapi apabila keputusan nya telah dibuat, dia akan tetap berpegang pada keputusannya itu. “Ko tengok jam pukul berapa sekarang?”, Tanya Adam kepada sahabatnya itu. Perbualan mereka terhenti selepas jam menunjukkan pukul 8 pagi, masa untuk mereka masuk ke kelas SCT.
“Pukul berapa ko nak bertolak ni”, Akim bertanya sambil jarinya menaip sesuatu di laptopnya.
“Malam ni…dalam pukul 2 pagi kitorang gerak dari rumah..”, Adam membalas pertanyaan Akim sambil mengemas pakaiannya yang sudah pun di lipat semalam. Kali ini Adam telah pun ready lebih awal untuk pulang ke kampung. Mungkin Adam rasa bersungguh-sungguh untuk pulang kerana dalam pemikirannya muncul semula tentang seorang gadis yang telah dilupainya dahulu. Dengan beg pakaian yang telah siap dikemaskan dan juga beg laptop yang selalu diiringinya kemana-mana itu, Adam berjalan menuju ke bas stop di depan pintu pagar kolejnya. Menunggu bas di sini pada waktu selepas solat jumaat memang la menggugat kesabaran sesiapa yang menunggunya. Dengan kesabaran yang ada, Adam berjaya menaiki bas City Liner yang menjadi kegemarannya kalau hendak menuju ke Kajang kerana bas itu mempunyai air cond yang mampu membuat penumpangnya mati kesejukan, seat yang selesa, dan juga mempunyai kelajuan yang tidak standing dengan bas yang lain.
Cube rubik diputar-putar oleh tuannya. Sudah menjadi hobi kepada Adam untuk bermain cube semasa sedang menunggu komuter dari Sentul ke Shah Alam yang pada masa itu memang sibuk dengan orang ramai yang mahu pulang ke rumah masing-masing setelah penat berkerja. Handphone nya berbunyi, Rupanya mesej dari Kak Hawa yang memesannya untuk memberitahu Kak Hawa apabila sudah sampai di Subang Jaya kerana Kak Hawa mahu bertolak dari tempat kerjanya lebih awal. Kak Hawa tidak mahu adiknya itu menunggunya lama-lama kerana adiknya itu akan bising kalau buat die menunggu lama-lama..Macam Kak Hawa juga..Tetapi, apa yang tidak diingininya berlaku itu tetap pun berlaku kerana jalan ke stesen komuter jam..Adam menunggu lama di stesen sambil sempat menunaikan solat asar di surau stesen itu. Semasa menunggu Kak Hawa, Adam memerhatikan orang lalu lalang. Adam memang suka memerhatikan gelagat orang.
“Aduh..lamanya Kak Hawa ni..janji tadi sampai awal..”, Adam mengeluh. Jam ditangan nya menunjukkan pukul 6.45 petang. Adam memandang semula ke hadapan. Sepintas lalu pandangan Adam memerhati seseorang gadis yang berada di dalam kereta Myvi. “Lisa…,tak mungkinlah”, Adam tersenyum sendirian kerana terbayang-bayang wajah Lisa. Adakah ini kerana dia sudah jatuh cinta terhadap gadis yang baru dikenalinya itu. Adam terpandang kereta Viva yang dipandu oleh seseorang yang dikenalinya, dengan muka yang muram, Adam masuk ke kereta itu dan salam dengan kakaknya, Kak Hawa yang baru sahaja sampai sambil meminta maaf kepada adiknya.
“Jangan marah ye dik, malam ni akak belanja Adam makan mee sup kegemaran Adam tu..”, pujukan Kak Hawa berjaya menghiburkan semula adiknya yang tengah marah tadi. Kak Hawa sudah pun kenal sangat dengan adiknya. Adam memang suka makan mee sup. Lagi-lagi di kedai sup kegemarannya tu, kedai Sup Utara Power.
Seperti yang dijanjikan, malam itu Kak Hawa membawa Adam pergi ke kedai sup. Dalam perjalanan, Kak Hawa menceritakan masalahnya dengan tunangnya, Arfan. Adam simpati mendengar cerita kakak yang paling rapat dengan nya itu. Seperti biasa, Adam akan cuba menceriakan keadaan semula dan membuat kakak nya tersenyum. Adam gembira melihat kakak nya senyum semula.
Perjalanan ke Kelantan dari Shah Alam mengambil masa selama 8 jam. Kak Hawa memandu kereta nya ke stesen minyak terlebih dahulu untuk membeli jajan dan mengisi tangki minyaknya yang sudah memberi kan lampu merah menunjukkan tangki perlu diisi. Adam berusaha untuk menemani kakak nya di sepanjang perjalanan, tapi Adam tidak mampu melawan mata nya yang sedang meminta-minta untuk di pejamkan. Lalu Adam pun terlena dibuai mimpi. Kak Hawa sudah pun menjangka yang Adam tidak akan dapat menemaninya, jadi Kak Hawa memasang radio dengan kuat dan menyanyi seorang diri untuk menemani nya semasa dalam perjalanan.
Bersambung………
Seterusnya berlalu…
Adam termenung di depan laptop nye.wajah Lisa masih lagi bermain-main di fikirannya..suasana di hostel ketika itu riuh rendah dengan kehadiran rakan-rakan Adam yang selalu melepak di bilik nya..
“Woi Adam!!..nape ngan ko ni??…termenung je sejak habis cuti ni..ade ape-ape ke?? Boleh aku tolong ko..”, tegur salah seorang rakannya iaitu Mus..Adam terperanjat dan terus gelabah. Adam cuba buat seperti tiada apa yang berlaku. Tapi gelagat nya itu sudah pun menjadi kebiasaanya untuk merahsiakan sesuatu..Mus sudah pun dapat mengesyakinya..Mus hanya berdiam sahaja..Cuma tunggu masa untuk Adam cerita kan kepada nya..Mus adalah kawan yang paling rapat dengan Adam. Mereka berdua selalu tukar pendapat dan ceriatakan masalah masing-masing. Mus memang dah dapat membaca fikiran Adam..Mus tahu mesti ada yang tak kena dengan sahabatnya tu.
Adam mengajak rakannya tu pergi ke kelas bersamanya..Mus dan Adam berlainan kelas tapi jalan yang ditujui tu sama.Semasa perjalanan mereka ke kelas masing-masing, Adam di tegur oleh seorang pelajar perempuan yang meminati Adam. Tidak hairan kenapa ada gadis yang meminati Adam kerana Adam merupakan seorang jejaka yang kacak.Adam pula jenis tidak suka kepada perempuan yang sebegitu..hanya suka kepada paras rupa sahaja..Adam hanya memandang pada gadis itu tanpa berkata apa-apa…
“Hye Adam”, terdengar lagi suara gadis yang memanggilnya. Kali ini Adam memandang dan tersenyum..lalu membalas teguran rakannya itu..
“Hye Maya,hye Alia, jom pergi kelas sama-sama..”, kedua-dua gadis ini juga merupakan rakan baik Adam. Setibanya di kelas, Adam masih lagi berdiam diri..tak seperti Adam yang dahulu..seorang yang periang..kelakar..dan selalu membuat orang di sekelilingnya ketawa…Adam seperti berada di dalam dunianya sendiri..mungkin inilah kuasa cinta pandangan pertama.
Jam menunjukkan pukul 11.40 malam, Adam baring di katilnya sambil teringat kan seseorang..Cuba untuk melelapkan mata tapi tak berjaya kerana Adam sudah biasa tidur lewat. Adam cuba untuk tidur kerana tidak mahu memikirkan tentang seseorang tu..Matanya terpejam…dan celik..pejam semula..dan celik…tiba-tiba Adam terpandang satu wajah yang menakutkan di depan matanya..hampir gugur jantung Adam dibuatnya..rupa-rupanya itu Cuma usikan dari Mus yang cuba menceriakan rakannya yang sedang muram tu..
“Siot la ko Mus…mahu terkena sakit jantung tadi”, Adam menjerit kepada Mus yang sedang ketawa terbahak-bahak..Adam pun tergelak sama..Adam mahu menceritakan tentang Lisa.
30 minit berlalu..Adam bercerita agak panjang sampai mengambil masa yang lama…Mus pun hampir tertidur mendengarnya..
“OK la Adam…aku nasihatkan ko untuk lupekan die dan focus kat ko punye study sekarang..sebab ko takkan jumpa dia dah kan..dan dia pun tak tentu suka ko jugakkan..buat apa ko macam ni…tak best la kalau ko macam ni..”, Mus membebel sambil menepuk-nepuk belakang Adam.
“Thanks Mus…aku terima advise ko ni..”, Adam menyedari kesilapan nya sebelum ni..Dan selepas malam itu..Adam tidak lagi memikirkan tentang seseorang yang bernama Lisa lagi..Adam kembali kepada Adam Husin yang asal…
bersambung...haha
Bermulanya disini…
“Adam!..dah siap kemas baju ke belum ni?”Adam bergegas pergi biliknya selepas terdengar jeritan kak Hawa…Itu lah Adam..yang selalu lambat dalam semua perkara..suka melengahkan masa..Cuma satu je yang cepat iaitu pasal game..Kak Intan membantu Adam di dalam bilik mengemas pakaian Adam yang masih lagi berselerak..Malam ni Kak Hawa dan tunang nya hendak pulang ke KL kerana cuti dah habis..Adam pun tumpang sekaki untuk pulang ke kolej pada keesokan hari nya.. Arfan tunang Kak Hawa ni memang suka berjalan malam sebab baginya masa malam ni senang untuk memandu dan selesa..Selepas beberapa minit Adam mengemas pakaiannya, mereka pun terus bertolak dari rumah keluarga Adam yang berada di Tanah Merah Kelantan..
“Kejap lagi kita nak singgah rumah tok Arfan tau Adam, kita makan kat sana.” Wajah Adam tiba-tiba berubah menjadi gelisah apabila terdengar suara Kak Hawa itu.Adam ni seorang yang pemalu. Sudah tentu dia akan berasa malu nak makan kat rumah orang yang tak dikenalinya..Kak Hawa cuma tersenyum melihat gelagat adik lelakinya itu..
Tibanya di Kuala Krai, rumah tok Arfan, kelihatan ada orang yang sedang menunggu kedatangan mereka…Jantung Adam berdegup lagi kencang daripada sebelum ini. Adam hanya membisu sahaja semasa berada di rumah tok Arfan tu..Sementara tunggu makanan dihidangkan, Adam memandang semua orang yang tak dikenalinya tu..tiba-tiba, pandangan Adam terhenti pada seseorang..jantungnya yang sebelum ini berdegup dengan kelajuan 90 km/j bertambah kepada 120km/j iaitu melebihi had laju. Adam terpesona dengan kecantikan semulajadi gadis ini. Pandangan Adam yang indah itu diganggu oleh kakak nya Kak Hawa kerana menghalang pandangan Adam. Barulah Adam kembali kepada dunia yang asal. Mereka pun makan bersama. Adam lagi bertambah malu kerana Lisa, gadis yang berjaya membuat jantung Adam melebihi had laju itu makan bersamanya.
Selepas selesai menikmati selera, Kak Hawa yang sebelum ini memang rapat dengan Lisa berbual-bual dan bergurau senda sesame mereka. Adam hanya melihat gelagat Lisa dari jauh sahaja. Tiba-tiba Kak Hawa memanggil Adam datang kepada mereka. Dengan langkah yang berhati-hati, Adam menuju kearah mereka. Kak Hawa memperkenalkan Adam kepada Lisa dan sebaliknya. Mereka pun berbual tapi hanya untuk seketika kerana Arfan telah pun memanggil Kak Hawa dan Adam untuk bersiap menyambung perjalanan mereka yang masih lagi jauh. Adam terasa berat hati untuk meninggalkan Lisa kerana Adam ingin mengenali Lisa dengan lebih rapat lagi. Tapi, apa kan daya, Adam terpaksa juga dan mengatakan dalam hatinya yang inilah kali pertama dan kali terakhir Adam berjumpa dengan Lisa. “bye Lisa”, bisik hati Adam.
Mereka pun meneruskan lagi perjalanan. Untuk mengelakkan Arfan daripada mengantuk, Adam telah menyediakan cd lagu daripada laptopnya untuk didengar semasa signal radio hilang nanti. Kak Hawa menemani Arfan di sepanjang perjalanan sedangkan Adam sedang nyenyak tidur di seat belakang. Walaupun sempit ruang di belakang, Adam masih lagi selesa untuk tidur..”Memang hantu tidur”, Kak Hawa bergelak ketawa dengan tunang kesayangannya Arfan.
Tibanya di Kepong, rumah Arfan, Kak Hawa dan Adam pun menaiki kereka Kak Hawa yang sebelum ini dah di parking di situ. Mereka berdua meneruskan perjalanan mereka ke Sungai Buloh pula kerana rumah kakak mereka di situ untuk tumpang bermalam sebelum berangkat ke tampat tinggal masing-masing pada keeseokan hari. Adam masih lagi terbayang-bayang wajah Lisa yang baru dikenalinye tadi. Adam pun terlena dibuai mimpi yang indah…
Bersambung………….
* cerite ni rekaan semata2
Hits Me!!!!
Followers
Blog Archive
Blog Kawan
-
-
-
Abah11 years ago
-
Grizzly (2015)11 years ago
-
Birthday Acu di Genting12 years ago
-
Jeng Jeng Jeng!!!13 years ago
-
Ayam Kari Masak Merah14 years ago
-
nostalgia sains15 years ago
-
dfsdfsddf15 years ago
-
WARNA-WARNI KEHIDUPAN..16 years ago
-
Fairy Tail (on going)16 years ago
-
SEMINAR MENGENALI DIRI 317 years ago
-
-
-
-
-